Tuesday, July 5, 2011

Ucapan Takziah

Amat sedih apabila sahabat seperjuangan anda telah kembali ke rahmatullah. Koperasi Usahawan Koridor Sabah telah kehilangan dua sahabat dalam Lembaga iaitu Haji Madri Akong dan Ustaz Shuib Asren. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh mereka. Amin

Saturday, February 12, 2011

Mesyuarat Lembaga Koperasi 2011

Mesyuarat pertama Lembaga Koperasi telah di adakan pada 12hb Februari 2011 jam 12 tengah hari bertempat di sebuah restoran milik seorang Ahli Lembaga. Satu sessi penerangan peluang peluang pelaburan dan perniagaan telah di buat oleh En Julius dan Shaikh Abdullah dari Kuala Lumpur di antaranya perniagaan emas, produk kesihatan mengunakan energi skala, pengedaran IBS dan bahan bahan pembinaan. Lembaga telah membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam perniagaan produk keishatan energi skala bagi memberi peluang kepada ahli-ahli menyertainya.

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan telah di jadualkan pada 18hb Jun 2011 sebagai menepati keperluan perlembagaan penubuhan Koperasi.

Tuesday, December 21, 2010

Ucapan Hari Christmas

Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Christmas and Tahun Baru 2011, semoga tahun baru membawa lebih kejayaan, kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda sekelian

Friday, August 27, 2010

Ucapan Hari Raya Puasa 2010

Lembaga Koperasi mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli Koperasi dan kaum Muslimin dan Muslimat diseluruh dunia, khasnya diMalaysia.

Koperasi Mulakan Perniagaan Sebagai Pembekal

Koperasi Usahawan Koridor Sabah telah membuka sebuah pejabat diPenampang Baru dengan kerjasama seorang ahlinya untuk memulakan perniagaan sebagai pembekal bahan bahan pembinaan utama seperti simen, besi keluli dan lain lain sebaik sahaja lesen perniagaan dan ajensi diperolehi daripada pihak pihak yang berkenaan seperti Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya dan Kilang.

Monday, August 16, 2010

Mesyuarat Lembaga Dibulan Puasa

Mesyuarat Lembaga akan diadakan pada Hari Ahad, 29hb Ogos 2010 bertempat dipejabat Koperasi diWisma SEDCO bermula jam 4 petang dan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa dengan Greeno diHotel Tang Dynasty Park Karamunsing, Kota Kinabalu bermula jam 5 petang.

Selamat Berpuasa

Monday, July 5, 2010

Ahli Koperasi Adakan Kursus Manik & Labuchi

Seorang Ahli Koperasi yang juga Ahli Lembaga Pengarah telah memulakan Kursus Manik dan Labuci diPejabat Koperasi diWISMA SEDCO, Koperasi menjemput lebih ramai lagi ahli untuk mengunakan kemudahan pejabatnya itu.

Majlis Makan Malam & Angkat Sumpah DiTunda

Majlis Makan Malam ditunda kebulan Disember 2010, sebelum X-mas tempat diMAKSAK tidak berubah.

Wednesday, June 9, 2010

Pencapaian 6 Bulan Koperasi Selepas Kelulusan

1.Penyewaan Pejabat baru diWisma SEDCO bermula pada Mei 2010 & Pemindahan dari pejabat sementara diAlamesra
2.Kelulusan Logo Koperasi
3.Permohonan Geran dari SKM
4.Mesyuarat Lembaga Koperasi
5.Mesyuarat JK Lembaga
6.Mesyuarat Majlis Makan Malam & Angkat Sumpah Jawatan
7.Flier Koperasi
8.Newsletter Koperasi
9.Penambahan Saham Ahli
10.Persiapan AGM Pertama dalam bulan November 2010
11.Penyediaan Penyata Kewangan & Cash-flow Projection
12.Foto-shoot Ahli Lembaga Pengarah
13.Taklimat Bank Rakyat tentang perniagaan Ar-Rahnu diKuala Lumpur
14.Cadangan Penbuhan Pusat Cat dengan Pembekal Cat
15.Pengemaskinian Daftar Ahli
16.Pengemaskinian Blog
17.Publisiti

Mesyuarat Lembaga Koperasi

Dijadualkan diadakan pada 4hb Julai 2010 jam 10 pagi diPejabatnya diWISMA SEDCO, WAWASAN PLAZA dan diantara Ajenda ialah Lapuran JK Pemasaran yang akan membincangkan produk-produk dan perkhidmatan yang boleh dipasarakan oleh Koperasi.

Mesyuarat JK Pemasaran

JK Pemasaran memulakan mesyuarat pertamanya pada 10hb Jun 2010 dipejabat Koperasi diWISMA SEDCO bagi membincangakan produk-produk yang boleh dikenalpasti untuk dipasarkan selain hardware dan bahan-bahan pembinaan yang memerlukan kewangan yang lebih besar dan tempat yang luas untuk menyimpan bahan-bahan tersebut.

Produk-produk yang dikenalpasti ialah produk produk herba yang berpotensi untuk dipasarkan dikalangan ahli dan produk-produk ahli yang boleh dipasarakan dipejabat Koperasi dan Koperasi mendapat pendapatan hasil daripada 'trade rebate'.

Tuan Hj Mohd Ayong, Timbalan Pengerusi Lembaga Koperasi mempengerusikan JK Pemasaran.

Monday, May 17, 2010

Ucapan Pesta Menuai 2010

Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Menuai 2010 pada 30 dan 31 Mei 2010.

Mesyuarat JK Pentadbiran Koperasi

Mesyuarat JK Pentadbiran Koperasi dijadualkan pada 18hb Mei 2010 bermula jam 3 petang dipejabat Urusetia Tingkat 2,WISMA SEDCO, WAWASAN PLAZA, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Lembaga Koperasi

Telah dijadualkan pada 29hb Mei 2010 diPejabat Koperasi Tingkat 2, WISMA SEDCO, WAWASAN PLAZA, Kota Kinabalu bermula jam 10 pagi dan diantara ajenda yang akan dibincangkan ialah pembukaan Kedai Hardware diKota Kinabalu.

Monday, May 10, 2010

Logo Koperasi Telah Diluluskan

Koperasi telah mendapat kelulusan daripada SKM untuk logo yang telah dicadangakan.

Sunday, May 9, 2010

Perbincangan Dengan Bank Rakyat

Pengerusi Koperasi mengadakan perbincangan dengan Bank Rakyat tentang permohonan menjadi Ajen Bank Rakyat untuk perniagaan Pajak Gadai pada 13hb Mei 2010.

Pesta Menuai

Selamat Menyambut Pesta Menuai 2010

Hari Ibu

Selamat Menyambut Hari Ibu 2010

Saturday, April 24, 2010

Mesyuarat Lembaga Koperasi Keempat



Mesyuarat Lembaga Koperasi keempat membincangkan penambahan ahli dan profiling ahli Lembaga Koperasi, selain penyediaan akaun untuk tahun 2009.
Powered By Blogger

Followers