Saturday, March 6, 2010

Logo Koperasi

Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya pada 6hb Mac 2010 telah meluluskan Logo yang akan dikemukakan kepada SKM untuk mendapatkan kelulusan.

Majlis Makan Malam & Fund Raising

Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya pada 6hb Mac 2010 telah memutuskan untuk mengadakan satu Majlis Makan Malam & Fund Raising sambil mengutip derma untuk rumah rumah kebajikan pada 26hb November 2010. Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan bertanggungjawab untuk merelisasi projek ini.

Majlis itu juga bakal menyaksikan majlis angkat sumpah dan taat setia pegang jawatan Ahli Ahli Lembaga Koperasi.

Mesyuarat Lembaga Pengarah

Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi selanjutnya telah ditetapkan pada 11hb April 2010 bersamaan hari Ahad jam 10 pagi disebuah hotel sekali mengambil gambar kumpulan Ahli Ahli Lembaga sebelum mesyuarat berlangsung.

Ahli Lembaga dikehendaki memakai suit hitam dan baju dan tie akan dibeli untuk seragamkan pakaian.

Friday, March 5, 2010

Mesyuarat Lembaga Koperasi

Telah ditetapkan pada 6hb Mac 2010 jam 11.30 pagi diPejabat Berdaftarnya bagi membincangkan antara lainnya;

Projek Chariti dan Fund Raising,
Kerjasama dengan syarikat,
Kerjasama dengan Bank Rakyat sebagai Ajen Perkhidmatan
Cadangan Projek Penanaman Getah/Hutan
Penyertaan dalam Kursus Anjuran SKM

Monday, March 1, 2010

Koperasi Mendapatkan Pejabat Baru

Koperasi sedang mendapatkan satu pejabat baru diWISMA SEDCO, tingkat 2 sebagai Ibu Pejabat. Pejabat disewa daripada Perkasa Realty SB, sebuah anak syarikat SEDCO.

Ajen Perkhidmatan Bank Rakyat

Koperasi mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Rakyat khasnya tentang perniagaan Pajak Gadai dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan dalam bulan Mac 2010 bagi menerokai bidang ini melalui Bank Rakyat;.

Perkhidmatan adalah bidang kuasa yang diluluskan selain Pemasaran untuk Koperasi.

Koperasi Adakan Kerjasama Dengan Ahli Dan Syarikat Lain

Koperasi adakan kerjasama dengan ahlinya yang mempunyai outlet hardware. Setakat ini hanya ada satu outlet sahaja iaitu, Chang Yun Steel Sabah Sdn Bhd yang mampu membekal keperluan bahan bahan Koperasi. Koperasi yang dibayar trade rebate bagi setiap projek yang berjaya dibekalkan dan dibayar.

Koperasi juga akan bekerjasama dengan DPBS HOLDING SDN BHD bagi bekalan simen.
Powered By Blogger

Followers