Penubuhan Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd telah dibuat sebaik sahaja selesai Program Memperkasa Ekonomi Bangsa anjuran GABEM yang telah berlangsung diHotel Berverly, Kota Kinabalu pada hujung bulan November 2008.
Satu Jawatankuasa Penaja Koperasi telah ditubuh dan diketuai oleh Datuk Hj Light Nanis. Jawatankuasa penaja mengambil tindakan untuk mendaftaran koperasi dan pendaftaran koperasi telah dibuat pada 23hb Disember 2008. Permohonan sedang diberi pertimbangan untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja pertama telah diadakan pada 17hb Januari 2009 diAlamesra Kota Kinabalu bagi membincangkan perjalanan dan pendaftaran Koperasi.


No comments:
Post a Comment