Tuesday, July 5, 2011

Ucapan Takziah

Amat sedih apabila sahabat seperjuangan anda telah kembali ke rahmatullah. Koperasi Usahawan Koridor Sabah telah kehilangan dua sahabat dalam Lembaga iaitu Haji Madri Akong dan Ustaz Shuib Asren. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh mereka. Amin

Saturday, February 12, 2011

Mesyuarat Lembaga Koperasi 2011

Mesyuarat pertama Lembaga Koperasi telah di adakan pada 12hb Februari 2011 jam 12 tengah hari bertempat di sebuah restoran milik seorang Ahli Lembaga. Satu sessi penerangan peluang peluang pelaburan dan perniagaan telah di buat oleh En Julius dan Shaikh Abdullah dari Kuala Lumpur di antaranya perniagaan emas, produk kesihatan mengunakan energi skala, pengedaran IBS dan bahan bahan pembinaan. Lembaga telah membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam perniagaan produk keishatan energi skala bagi memberi peluang kepada ahli-ahli menyertainya.

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan telah di jadualkan pada 18hb Jun 2011 sebagai menepati keperluan perlembagaan penubuhan Koperasi.

Tuesday, December 21, 2010

Ucapan Hari Christmas

Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Christmas and Tahun Baru 2011, semoga tahun baru membawa lebih kejayaan, kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda sekelian

Friday, August 27, 2010

Ucapan Hari Raya Puasa 2010

Lembaga Koperasi mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli Koperasi dan kaum Muslimin dan Muslimat diseluruh dunia, khasnya diMalaysia.

Koperasi Mulakan Perniagaan Sebagai Pembekal

Koperasi Usahawan Koridor Sabah telah membuka sebuah pejabat diPenampang Baru dengan kerjasama seorang ahlinya untuk memulakan perniagaan sebagai pembekal bahan bahan pembinaan utama seperti simen, besi keluli dan lain lain sebaik sahaja lesen perniagaan dan ajensi diperolehi daripada pihak pihak yang berkenaan seperti Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya dan Kilang.

Monday, August 16, 2010

Mesyuarat Lembaga Dibulan Puasa

Mesyuarat Lembaga akan diadakan pada Hari Ahad, 29hb Ogos 2010 bertempat dipejabat Koperasi diWisma SEDCO bermula jam 4 petang dan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa dengan Greeno diHotel Tang Dynasty Park Karamunsing, Kota Kinabalu bermula jam 5 petang.

Selamat Berpuasa
Powered By Blogger

Followers