Thursday, December 17, 2009

Mesyuarat Lembaga Koperasi

Lembaga Koperasi akan mengadakan mesyuaratnya pada 2hb Januari 2010 jam 10 pagi bertempat dipejabat berdaftarnya.

Wednesday, December 9, 2009

Sijil Kelulusan Pendaftaran Koperasi

Koperasi telah diluluskan dan sedang menunggu sijil. Maka tertubuhlah Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd. Terima kasih banyak kepada SKM.

Merry Christmas

Koperasi juga mengucapkan Merry Christmas kepada ahlinya yang menyambut Christmas.

Selamat Manyambut Awal Muharam

Lembaga Koperasi mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam Tahun 2009, semoga tahun baru hirah ini membawa kejayaan kepada Koperasi.

Wednesday, September 23, 2009

Majlis Hariraya


Pengerusi Koperasi telah mengatukan satu Majlis Hari Raya untuk Lembaga Koperasi sabaik sahaja selesai mesyuarat Lembaga pada 2hb Oktober 2009.

Thursday, September 10, 2009

Wishing You Happy Independence Day

Wishing all Malaysian in Sabah a very happy Independence Day which falls on September 16,2009 and happy holidays.

After 60 Days

It is still about the registration process. SKM had asked the submission of the documents to be redone as some of the signatures did not tally with that of the attendance sheet. The documents can be signed at anytime at the registered office at Alamesra during office hours.

The month of Ramadhan is the month of fasting for all the Board members. As such no activities had been carried out the month of August and September and can be done only in October, with one Board meeting and the registration.

Monday, August 31, 2009

Sunday, August 30, 2009

Pencapaian Koperasi Bulan ke2



Proses pendafataran dengan SKM masih belum selesai disebabkan masaalah tandatangan Ahli Lembaga Koperasi tidak sama dengan tandatangan yang hadir dalam AGM. Mesyuarat ke2 Lembaga Koperasi dalam awal Oktober 2009.

Bulan Ogos dan September 2009 Ahli Lembaga sibuk dengan ibadah Puasa dan Hari Raya dan Rumah Terbuka.

Mesyuarat Lembaga Koperasi



Dijadualkan pada 2 Oktober 2009 10 pagi diPejabat Alamesra. Mohon hadir.

Monday, August 10, 2009

Dana Untuk Kedai Dan Depot Hardware

Pengerusi menyediakan kertas kerja sepertimana diminta oleh Unit Perancang Ekonomi Sabah (UPEN) berhubung permohonan untuk mendapatkan Dana bagi membuka Kedai Hardware dan Depot dalam tahun 2010.

Saturday, August 8, 2009

Pencapaian Lembaga Koperasi 30 Hari

AGM telah berlangsung pada 11hb Julai 2009.Permohonan Pendaftaran Koperasi dengan SKM sedang dikemskini,khasnya tandatangan semula oleh Ahli Lembaga Koperasi.
SKM memerlukan 1 bulan untuk meluluskan permohonan pendaftaran.
Koperasi telah mengadakan perbincangan dengan berperbap pengkilang/pembekal bahan bahan binaan disekitar Kota Kinabalu.
Mesyuarat Lambaga telah diadakan 2x dalam bulan Ogos 2009 dan mesyuarat ke3 telah ditetapkan pada 25 September 2009.
Koperasi mengenalpasti dana,khasnya Tabung Modal Pusingan.
Perbincangan dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah tentang Dana yang boleh Koperasi dapatkan untuk pembinaan depot dan kedai hardware.
Menghadiri Seminar tentang pengimpotan besi keluli yang dianjurkan oleh SIRIM SABAH.
Mengemaskini Blog Koperasi
Mengemaskini Daftar Ahli

Datuk Hj Light Nanis Pengerusi Lembaga Koperasi



Datuk Hj Light Nanis dipilih Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi. Datuk Hj Light kelihatan dalam gambar berbaju unggu dan bersongkok.

Friday, August 7, 2009

Wakil Koperasi Hadiri Seminar diSIRIM

Seorang Ahli Lembaga dihantar untuk menghadir seminar pengimpotan besi keluli yang dianjur oleh SIRIM BERHAD diKKIP. En Mohd Manuke mewakili Pengerusi dalam Seminar itu.

Usaha Mendapatkan Dana Diteruskan

Pengerusi Lembaga mengadakan pertemuan dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk mendapatkan lebih maklumat tentang dana yang boleh diperolehi oleh Koperasi bagi melancarkan aktivitinya,termasuk pembinaan depot dan pembelian stok.

Tuesday, August 4, 2009

Mesyuarat Ke3 Lembaga Koperasi Selepas Raya

Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd akan mengadakan mesyuarat ke3pada 25hb September 2009 jam 9.30 pagi ditempat biasa.

Lembaga akan membincangkan berberapa perkara termasu;

1. Product baru untuk dipasarkan oleh Koperasi
2. Dana
3. Petty Cash
4. Ahli baru

Ahli Lembaga Koperasi diminta hadir.

Monday, August 3, 2009

SELAMAT BERPUASA

Lembaga Koperasi mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada kaum Muslimin dan Muslimat dengan harapan dan doa agar ibadat puasa anda diterima oleh Allah s.w.t. Amin.

Satu bulan berpuasa tidak bermakna Koperasi tidak boleh meneruskan kegiatan dan aktivitinya. Usaha untuk mendapatkan dana dan produk produk serta ahli akan diteruskan dalam masa itu. Jawatankuasa yang telah dibentuk diharap dapat menjalankan tugasan mereka sementara menunggu mesyuarat lembaga diadakan.

Tuesday, July 28, 2009

Koperasi Usahawan Koridor Mengorak Langkah Pertama

Mesyuarat ke2 Lembaga Koperasi Usahawan Koridor pada 29hb Julai 2009 mengorak langkah pertama dengan mengenal pasti dan meluluskan berberapa pembekal dan pengkilang tempatan bahan bahan binaan dimana Koperasi boleh menjadi Pengedar.

Mesyuarat ke2 dipanggil bagi memudahkan tandatangan Ahli Ahli Lembaga kepada Perlembagaan Koperasi mengikut font yang diterima pakai oleh SKM.

Thursday, July 23, 2009

JK Kecil Koperasi Mula Mengadakan Mesyuarat

Jawatankuasa Pentadbiran Dan Kewangan Kopersi mengadakan mesyuarat JK Kecilnya pada 23hb Julai 2009 dan lapuran akan dikemukakan untuk makluman kepada Lembaga Koperasi.

Saturday, July 18, 2009

Menunggu Kelulusan SKM

KoperasLembaga kemuka permohonan mendaftar Koperasi dalam masa 2 minggu selepas Mesyuarat Pemulaan pada 11hb Julai 2009. KPI SKM ialah memberi kelulusan dalam masa 30 hari setelah menerima semua dokumentasi yang diminta termasuk minit, Jadual 2 dan Peraturan Koperasi. Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan telah diberi tugas untuk mengemukakan dokumen tersebut. JK tersebut juga memperbaiki borang permohonan menjadi ahli Koperasi.

Saturday, July 11, 2009

Beberapa Aksi Mesyuarat Pemulaan Koperasi





Mesyuarat Pemulaan Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd



Mesyuarat Pemulaan Koperasi telah berlangsung pada 11hb Julai 2009 jam 10 pagi bertempat diBilik Mesyuarat Kolej Yayasan Sabah, Campus Sembulan, Kota Kinabalu.

Seterusnya masukkan permohonan kepada SKM untuk mendaftarkan Koperasi dan mendapatkan kelulusajn

Sunday, July 5, 2009

Perkhidmatan Dan Pemasaran

Bidang yang diluluskan oleh SKM ialah Perkhidmatan & Pemsaran.

Semangat Untuk Berkhidmat Dan Berniaga

Semangat yang ditunjukkan oleh beberapa orang bakal ahli Koperasi, termasuk JK Penaja amat mengkagumkan disaat saat Koperasi memerlukan pembelaan. Saya amat berkertima kasih dan sentiasa mengingati jasa mereka dan semoga mereka dapat berkat dan taufik dan hidayah. Datang daripada seluruh pelusuk Negeri Sabah dan daripada berbagai lapisan masyarakat dan budaya. Begitulah hendaknya jika ingin melihat ekonomi bangsa diperkasa.

Friday, June 12, 2009

11 Julai 2009

Telah ditetapkan pada 11hb Julai 2009 pada jam 9.30 pagi bertempat diKolej Yayasan Sabah Sembulan Kota Kinabalu.

Semua ahli yang telah membayar saham berhak hadir dan mempunyai kuasa untuk mengundi dan diundi.

Monday, May 4, 2009

Ragam Manusia

Ada kumpulan yang hanya mahu mengagalkan usaha orang lain. Ada juga kumpulan yang tidak kisah dan percaya kepada orang lain. Ada juga kumpulan yang ingin melihat sesuatu usaha itu berjaya dan membantu menjayakannya. Semoga kita berjaya.

Sunday, April 26, 2009

SKM Luluskan Pelanjutan

SKM telah meluluskan tempoh perlanjutan untuk adalan AGM Penubuhan sebelum 16hb Julai 2009. Koperasi Usahawan Koridor perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak lagi ahli bagi membolehkan AGM Penubuhan diadakan.

Sunday, April 12, 2009

Angka Keramat 50

JK Penaja telah memohonon perlanjutan tempoh untuk adakan AGM bagi mencukupi jumlah ahli yang diperlukan SKM sebelum boleh diadakan AGM Penubuhan, iaitu serbanyak 50 orang ahli yang berdaftar dan membayar saham dan yuran kemasukan sebanyak RM120.00.

Friday, April 3, 2009

Jadilah Ahli Koperasi Terawal

Jika minat berkopersi sertailah Koperasi Usahawan Koridor

Koperasi Telah Buka Akaun

Akaun telah pun dibuka untuk memasukkan yuran dan bayaran masuk Koperasi sebelum AGM

AGM Ditunda

AGM Penubuhan telah ditunda

Sunday, March 29, 2009

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Beri Penerangan

SKM beri penerangan kepada wakil dari Koperasi Usahawan Koridor pada 30 Mac 2009 jam 2 ptg sebelum berlangsungnya AGM yang dijadualkan pada 4 April 2009 jam 2 pet.

Wednesday, February 25, 2009

Tarikh AGM baru

AGM penubuhan telah ditunda kepada 4hb April 2009. Tempat dan masa tidak berubah.

Mesyuarat JK Penaja Ke3

Mesyuarat JK Penaja ke3 ditetapkan pada 28hb Februari 2009 jam 11 pagi bagi membincangkan persiapan AGM pertama.

Mesyuarat JK Penaja Ke2

Tidak ramai yang hadir pada mesyuarat kedua yang berlangsung pada 21hb Februri 2009. Mungkin ramai yang sibuk dengan tugas masing masing atau mungkin mereka terlupa dan tidak diberi peringatan.

Saturday, January 31, 2009

Selamat Hari Jadi

Bandaraya Kota Kinabalu meraikan City Day pada 2hb Februari 2009.

Selamat menyambut Hari Bandaraya kepada semua warga Bandaraya Kota Kinabalu.

Sunday, January 25, 2009

Saturday, January 24, 2009

Saturday, January 17, 2009

Mesyuarat JK Penaja ke2

Mesyuarat JK Penaja ke2 telah ditetapkan pada 21hb Februari 2009 jam 10.30 pagi bertempat diBilik Mesyuarat DPBS HOLDING SB Alamesra.bagi membincangkan persiapan AGM, logo Koperasi, undang undang kecil koperasi dan hal hal lain.

AGM Ditetapkan

AGM Koperasi ditetapkan pada 14hb Mac 2009 jam 2 petang bertempat diKolej Yayasan Sabah Sembulan Kota Kinabalu.

SKM hendaklah diberitahu sebulan sebelum AGM.

Friday, January 16, 2009

Bidang Perkhidmatan - Pemasaran

Bidang yang telah diluluskan SKM untuk Koperasi Usahawan Koridor S Bhd ialah Perkhidmatan dan dalam Perkhidmatan, Pemasaran.

Produk yang ingin dipasarkan ialah bahan-bahan pembinaan.

Tuesday, January 13, 2009

Koperasi Telah Lulus

Permohonan Koperasi Usahawan Koridor S Bhd telah diluluskan pada 7 Januari 2009.

Mesyuarat Agong mesti diadakan dalam tempoh 3 bulan (berakhir pada 7hb April 2009).

Mesti dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50 orang bakal anggota.

Bank akaun mestik ada RM5000.00.

Monday, January 12, 2009

Lapuran Kemajuan Koperasi Pertama

Penubuhan Koperasi Usahawan Koridor Sabah Bhd telah dibuat sebaik sahaja selesai Program Memperkasa Ekonomi Bangsa anjuran GABEM yang telah berlangsung diHotel Berverly, Kota Kinabalu pada hujung bulan November 2008.

Satu Jawatankuasa Penaja Koperasi telah ditubuh dan diketuai oleh Datuk Hj Light Nanis. Jawatankuasa penaja mengambil tindakan untuk mendaftaran koperasi dan pendaftaran koperasi telah dibuat pada 23hb Disember 2008. Permohonan sedang diberi pertimbangan untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja pertama telah diadakan pada 17hb Januari 2009 diAlamesra Kota Kinabalu bagi membincangkan perjalanan dan pendaftaran Koperasi.

Sunday, January 11, 2009

Pengerusi Penaja Membuat Kunjungan Hormat

Pengerusi Penaja membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah pada 13hb Januari 2009 jam 2 petang.

Friday, January 9, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja

Mesyuarat JK Penaja pertama akan diadakan pada 17 Januari 2009 jam 2 petang dipejabat Pengerusi Penaja. Mesyuarat akan membincangkan tarikh Mesyuarat Agong dan permohonan koperasi kepada SKM. Notis telah pun dikeluarkan memberitahu tentang mesyuarat ini.
Powered By Blogger

Followers

Blog Archive