Saturday, March 6, 2010

Koperasi menerokai Aktiviti Perniagaan Perhutanan

Koperasi juga menerokai aktiviti perniagaan perhutanan samaada penanaman semula hutan dengan tananam getah dan tanaman tanaman lain atau pun kerja kerja penyelengaraan hutan daripada Syarikat syarikat yang telah diberikan konsesi penanaman semulan hutan oleh Kerajaan Negeri.

Walaubagaiman pun aktiviti penanaman semula hutan adalah merupakan perniagaan jangka panjang tetapi aktiviti penyelengaraan boleh dikategorikan sebagai perniagaan jangka pendek yang boleh mendatangkan hasil kepada Koperasi dan perlu diterokai juga.

Pencapaian Koperasi Selepas 3 Bulan

11hb Mac 2010 adalah tarikh penanda pengwujudan Koperasi yang telah ditubuhkan pada 11hb Julai 2009 tetapi baru 3 bulan setelah Koperasi diberi kelulusan oleh SKM pada 25hb November 2010.

Dalam masa 3 bulan itu Koperasi telah pun mengadakan 2 kali mesyuarat.
Koperasi telah mendapat taklimat tentang peluang perniagaan ASEAN-CHINA daripada wakil JCI Senate ASEAN-CHINA
Koperasi telah mengadakan kerjasama dengan seorang Ahli yang mempunyai Kedai Hardware untuk pembekalan bahan bahan binaan dan hardware jika ada permintaan.
Koperasi juga mengadakan kerjasama dengan Syarikat Holding Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah bagi pembekalan simen jika ada permintaan.
Koperasi juga mengadakan kerjasama dengan Syarikat Pembinaan bagi bekalan bahan bahan pembinaan mereka.
Koperasi telah meluluskan Logo
Koperasi telah meluluskan Projek Malam Amal & Angkat Sumpah Jawatan yang akan diadakan pada bulan November 2010
Koperasi telah meluluskan Projek untuk menjadi Ajen Perkhidmatan Bank Rakyat
Koperasi telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan grant sebanyak RM30,000 bagi memantunya membiayai kos pengurusan & pentadbiran
Koperasi telah menghantar Ahli Lembaganya menghadiri Kursus Kursus yang dianjurkan oleh SKM termasuk Kursus Peruncitan & Pemasaran dan Kursus Pentadbiran & Pengurusan.
Mendapatkan ahli baru Koperasi

Permohonan Dana

Koperasi telah mengemukakan permohonan kepada SKM untuk mendapatkan sumbangan grant sebanyak RM30,000 bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran.

Kursus Pentadbiran & Pengurusan Koperasi

Koperasi akan menghantar 5-6 orang lagi Ahli Lembaga Pengarahnya bagi menghadiri kursus wajib Pentadbiran & Pengurusan yang akan diadakan diKudasang pada 17-19 Mac 2010. Tempat tinggal dan makan minum akan ditanggung oleh SKM.

Kursus Peruncitan & Pemasaran Koperasi

Setiausaha dan Bendahari telah menghadiri kursus Peruncitan & Pemasaran yang telah dianjurkan oleh SKM di1-BORNEO Kota Kinabalu.

Perniagaan EMBC Network

Ahli Lembaga Pengarah telah mendapat taklimat tentang perniagaan EMBC Network bagi memuka peluang baru kepada ahli Koperasi yang berminat dalam perniagaan MLM dan pemasaran produk.

Logo Koperasi

Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya pada 6hb Mac 2010 telah meluluskan Logo yang akan dikemukakan kepada SKM untuk mendapatkan kelulusan.

Majlis Makan Malam & Fund Raising

Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya pada 6hb Mac 2010 telah memutuskan untuk mengadakan satu Majlis Makan Malam & Fund Raising sambil mengutip derma untuk rumah rumah kebajikan pada 26hb November 2010. Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan bertanggungjawab untuk merelisasi projek ini.

Majlis itu juga bakal menyaksikan majlis angkat sumpah dan taat setia pegang jawatan Ahli Ahli Lembaga Koperasi.

Mesyuarat Lembaga Pengarah

Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi selanjutnya telah ditetapkan pada 11hb April 2010 bersamaan hari Ahad jam 10 pagi disebuah hotel sekali mengambil gambar kumpulan Ahli Ahli Lembaga sebelum mesyuarat berlangsung.

Ahli Lembaga dikehendaki memakai suit hitam dan baju dan tie akan dibeli untuk seragamkan pakaian.

Friday, March 5, 2010

Mesyuarat Lembaga Koperasi

Telah ditetapkan pada 6hb Mac 2010 jam 11.30 pagi diPejabat Berdaftarnya bagi membincangkan antara lainnya;

Projek Chariti dan Fund Raising,
Kerjasama dengan syarikat,
Kerjasama dengan Bank Rakyat sebagai Ajen Perkhidmatan
Cadangan Projek Penanaman Getah/Hutan
Penyertaan dalam Kursus Anjuran SKM

Monday, March 1, 2010

Koperasi Mendapatkan Pejabat Baru

Koperasi sedang mendapatkan satu pejabat baru diWISMA SEDCO, tingkat 2 sebagai Ibu Pejabat. Pejabat disewa daripada Perkasa Realty SB, sebuah anak syarikat SEDCO.

Ajen Perkhidmatan Bank Rakyat

Koperasi mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Rakyat khasnya tentang perniagaan Pajak Gadai dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan dalam bulan Mac 2010 bagi menerokai bidang ini melalui Bank Rakyat;.

Perkhidmatan adalah bidang kuasa yang diluluskan selain Pemasaran untuk Koperasi.

Koperasi Adakan Kerjasama Dengan Ahli Dan Syarikat Lain

Koperasi adakan kerjasama dengan ahlinya yang mempunyai outlet hardware. Setakat ini hanya ada satu outlet sahaja iaitu, Chang Yun Steel Sabah Sdn Bhd yang mampu membekal keperluan bahan bahan Koperasi. Koperasi yang dibayar trade rebate bagi setiap projek yang berjaya dibekalkan dan dibayar.

Koperasi juga akan bekerjasama dengan DPBS HOLDING SDN BHD bagi bekalan simen.

Lembaga Koperasi Mendapat Taklimat

Wakil ASEAN-CHINA JCI Senate, Sdr Julius Wong telah memberi taklimat kepada Ahli Lembaga Koperasi dalam Mesyuarat Lembaga ke2 tentang peluang peluang yang mungkin boleh diterokai diNegara China terutamanya dari Negeri Negeri sebelah Timur Utara China. Ahli Lembaga telah mengambil maklum tentang taklimat itu dan menunggu perkembangan selanjutnya daripada wakil berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.
Powered By Blogger

Followers